Mar 8, 2013

::Entry Mengantuk::

...Assalamualaikum...

huargh! mengantuk...tapi mata tak boleh lelap.....aku masih menunggu...tunggu khabar berita dari suami tersayang ( cheewah khabar berita!! )..padahal suami aku balik Sungai Petani je kot! hahaha...bajet syahdu sgt la! pui! kihkihkih

selagi tak sampai SMS "abang dah sampai"..selagi tu aku tak boleh tidur..cepat la sms woi! mengantuk dah ni !..

Anak-anak dah tidur....bosan ! jadi aku menaip...apa yang aku taip aku sendiri belum pasti apa isinya...

Terkadang aku fikir...adakah lelaki sememangnya jenis susah untuk tunjukkan perasaan? macam my hubby...ego? tak sangat rasanya... malu? Mungkin.... tak sayang? i dont think so..

Hmm..teringat aku SMS kami petang tadi.... suami kesayangan tu tengah syok tengok tv.. aku temankan anak2 tidur dalam bilik..lantas jari jemariku laju menaip SMS utk suamiiii kesayangan tu!!!!!

Isteri : Ikan Seludu, Ikan Yu... Saja Nak Ucap... I LOVE U...

Habes romantik dah aku tembak!!!

Dah camni dia reply !!!

Suami : Jubur U, Jubur I... Thank You!! 

Aku hanya mampu geleng kepala... haihhh..suami...suami...

but i love the way he is ! romantik jiwang karat sangat pun satgi aku geli!

dahla..merepek!!! mengantuk ! assalam...

Mar 7, 2013

:: Sungguh Aku Dilema ::


...Assalamualaikum...

Sunyi.....kosong hidupku ! tiada tangisan anak-anak...
bosan ! hampa hidupku...tiada gurauan suami~
kerana......

mereka semua TIDOQ!!!!  kihkihkih~

Aku menulis...meluahkan rasa...dilema...YA dilema ! ibu kepada dua anak...anak2 yang masih kecil... sungguh dilema....

Sayang...

tiada berbelah bahagi...semua aku sayang..semua aku cinta..3 putera..suami...Adam dan 'Amar.. kasihku dibelah 3... sungguh aku dilema... semua memerlukan perhatian...aku terpaksa berkorban...

Sedih....

Abang ku peluk....kasihan aku pada adik....
Adik ku belai....sayu aku melihat abang...
Suami ku lebihkan.....rindu aku pada anak-anak

Hampir aku menitiskan air mata...
Silapkah kami kerana terlalu cepat merancang?
Pastinya TIDAK...aku yakin ketentuan ALLAH...
Sesungguhnya mereka mengajar aku menjadi lebih tabah...lebih nilai2 kasih sayang

Hatiku tersentuh melihat ketiga-tiga mereka...
Saat-saat aku begini...aku tiada daya...
Terpaksa aku lepaskan salah seorang...

Aku uruskan adik...terpaksa ku lepaskan abang...
Aku uruskan abang...adik ku harapkan pada mereka...
Suami aku layan...anak2 mereka tengokkan....

InsyaALLAH..pabila kudrat mengizinkan...akan aku galas...akan aku jalankan tanggungjawab yang tertinggal

Doakan kami sekeluarga mendapat redhaMu ya ALLAH..
Berikan kekuatan kepada aku si ibu untuk menguruskan rumahtangga mengikut jalanMu ya ALLAH....

Amin...Ya Rabbal Aalamin....

Mar 5, 2013

::Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-2::

...Assalamualaikum....

Syukur..aku selamat melahirkan lagi seorang bayi lelaki yang comel pada 26.2.2012 jam 9.06 malam...Bayi seberat 3.16kg diberi nama Muhammad 'Amar Ridhwan bin Mohd Yusfanizal...

Syukur alhamdulillah juga....harini 5 Mac 2013.. genap 2 tahun usia perkahwinan kami...
Aku just wish je kat suami tersayang tu..dia pulak sebok dgn urusan dia dalam kem..x wish pun kat aku...argh! sentap ! biarlah.... i know him! dia bukan jenis romantik...tak reti katanya... memang pun...! he didn't say..but he shows! syukur dikurniakan suami yang sangat memahami ( aku yg mengada2 )... dikurniakan 2 anak lelaki yang comel mcm aku ! SYKUR padaMu Ya ALLAH

Kehadiran Muhammad Adam Mikhail lebih 1 tahun lepas menyerikan lagi rumahtangga kami... sekarang dia semakin membesar dan cerdik...dan kini.. Muhammad 'Amar Ridhwan menambahkan lagi kasih sayang antara kami suami isteri... teringat aku mesej suami setelah aku selamat lahirkan 'Amar

" syukur..abang rasa lebih menghargai segala-galanya lepas dapat anak no 2 ni.. abang fobia lagi nak masuk labour room...sedih "

Alhamdulillah..doakan kebahagiaan kami sekeluarga...doakan kami sentiasa mendapat rahmatNya..doakan kami.....

Feb 22, 2013

::False Labour..Maafkan Salah Silap Saya::


...Assalamualaikum....

Berapa hari je lagi nak bersalin ni....harap2 baby keluar ikut due atau awal sikit...seriously pregnant kali ni LEMAH TAPI CERGAS..camno tuh ! lu pk la sendiri...hahaha

Suami pulak asal saya ngadu sakit je..dia cakap saya nak bersalin...EKSAITED lebih pulak dia nak suruh saya beranak! sebabnya dia boleh CUTI! hampeh btoi ! hahah...

SYukur alhamdulillah...doktor buat keputusan, saya boleh cuba untuk bersalin NORMAL kali ni..syukurr alhamdulillah...tapi masa 37 minggu ni, baby dah 3.04kg...aiyark! kalo tunggu lagi 2-3 minggu x tau la brapa beratnya....kalo besaq macam si abang tu 3.71kg....berpeluh jugak cek nak meneran nnti...apapun doakan saya selamat nanti

Tujuan entry ni sebenarnya nak MEMOHON MAAF kepada semua rakan2...andai kata ada salah silap..terkasar bahasa...tersilap makan..tersilap hitung...sekarang saya dah alami FALSE LABOUR! maknanya dah tak lama la nak bersalin...

Jadi..sebelum bersalin ni...harap ampunkan segala salah silap saya...doakan semuanya selamat nanti.....

Jom kita tengok sikit apa itu FALSE LABOUR



Apakah itu False Labour?

  • Apabila semakin dekat dengan EDD (estimated due date / hari dijangkakan bersalin), kontraksi Braxton Hicks yang selalu dirasakan di pertengahan kehamilan yang selama ini tidak sakit dan tidak kerap akan menjadi lebih kerap dengan frekuensi tertentu malah boleh jadimenyakitkan. Apabila ini berlaku, kita akan merasakan bahawa kita semakin hampir dengan masa untuk bersalin (false labour). 
  • Tetapi tidak seperti true labour, false labour ini selalunya tidak signifikan di mana ia tidak menyebabkan penipisan dinding serviks dan juga kontraksi yang dirasakan masih tidak konsisten.

Beza False Labour & True Labour
  • Kalau usia kandungan belum sampai 37 minggu, false labour ini boleh bermaksud kelahiran pramatang. Sila buat pemeriksaan dengan doktor secepat mungkin.
  • Kalau usia kandungan dah 37 minggu atau lebih, ini beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian :
  1. Kontraksi false labour tidak boleh diramal (unpredictable). Frekuensi tidak tetap, kejap sakit sejam sekali, tak lama pulak sakit setengah jam sekali, lepas tu sakit 3 jam sekali. Kalau true labour, sakitnya makin lama makin cepat, contohnya, mula-mula sejam sekali, pastu setengah jam sekali, pastu 15 minit sekali, pastu setiap 5 minit. 
  2. Sakit yang diakibatkan oleh false labour biasanya hanya tertumpu ke bahagian bawah abdomen sahaja. Tapi kalau true labor, sakit kontraksi akan bermula daripada bahagian belakang bawah pinggang hingga ke bahagian bawah abdomen.
  3. Kontraksi false labour akan berkurang / hilang apabila kita bertukar posisi / aktiviti.Contohnya, masa kite tengah duduk buat kerja, kite rasa kontraksi tu, then kita cuba bangun dan jalan-jalan, sakit tu hilang. Tapi kalau true labour, buatlah macamana sekalipun (tukar posisi / aktiviti), sakitnya tetap tak akan hilang malah akan makin bertambah.


Feb 13, 2013

:: Nama Anak Versi 2nd Baby ::

....Assalamualaikum...

Sat ( sekejap ) ja masa berlalu.... dah masuk 36 minggu aku pregnant.....perut alahaii..manya kicik~ tak kisahla janji baby dalamnye selamat insyaALLAH..

Entry kali ni untuk mencari nama..sama ja macam entry tahun lepas...

takmau cakap banyak...

hanya ada 4 pilihan disini

aku ingat nak kekalkan nama MIKHAIL utk anak2 lelaki aku...hamboih..ANAK2 kau! macam nak buat team bola ja! huahuahua.....tapi nak kekalkan nama Mikhail tu tengok la macamana...mungkin aku just nak guna nama2 malaikat.....

yela sebab MITOS mengatakan..kawen dengan tentera akan dapat banyak anak lelaki

tak kisah...janji aku ada ANAK! kihkih

ok..untuk pilihan kali ini...aku dok tanya Mr.Hubby... dia tak bagi jawapan lagi..berkenan sungguh dia nama ISRAFIL... tapi aku plak la mcm ngeri...aku kalo boleh2 sangat nak kekalkan nama MIKHAIL..yela Malaikat Mikhail kan malaikat pembawa rezeki...~mudah2an kami dilimpahkan rezeki dariNya...amin

ok before that..ada jugak 1 page ni mengatakan TAK ELOK letak nama anak dengan nama malaikat...dan aku mushkil..yela sebab dah letak kan... jadi aku masuk page UIA..aku bertanya..dan syukur alhamdulillah..boleh letakkan nama anak dengan nama malaikat..ada aku terbaca Imam Shafie menggalakkan kita meletakkan nama anak dengan nama malaikat..tapi ada sesetengah 'ulama tidak mengalakkannya...tapi menurut mereka2 yang lebih ilmu dari aku...mereka menyatakan bahawa..tidak mengapa...jadi syukurlah~

dan pilihan untuk kali ini

Muhammad 'Amar Mikhail bin Mohd Yusfanizal
Muhammad 'Amar Ridhwan bin Mohd Yusfanizal
Muhammad 'Amar Israfil bin Mohd Yusfanizal

Nur Arissa Safiya binti Mohd Yusfanizal
Nur Adra Medina binti Mohd Yusfanizal

banyak pulak pilihan nama lelaki..sebab aku pun x pasti apa gender anak aku...boy or gurl...aku terima dengan redha!

Maksud disebalik nama

'Amar : Agama
Arissa : Azam, Kuat
Safiya : Perempuan baik, berbudi, suci
Adra : kecantikan
Medina : Kota Madinah
Mikhail : Malaikat pembawa rezeki
Ridhwan : Malaikat yang menjaga pintu syurga
Israfil : Malaikat yang meniup sangkakala

jadi....nama masih dalam pemilihan.....kalo ikutkan aku berkenan nama Muhammad 'Amar Mikhail dan Nur Adra Medina...tapi Nur Arissa Safiya pun sedap gak! alahaii..nak twins plishhh~


Jan 30, 2013

::Resipi Asam Pedas Ayam Mikhail::


..Assalamualaikum..

Rajin pulak la update blog sekarang ni.....takpela..untung2 aku akan lebih rajin mengupdate lepas ni...

Oleh kerana ada 3 request dari rakan2 untuk Resipi masakan yang aku sangat2 suka...jadi tertimbulnya idea untuk aku menulis disini sahaja...

Sharing is Caring

Jadi buat Amy dan Daa Irna 

tak lupa juga kepada sahabat gila sekelian alam TOYE LIKE LIKE!!!!

This is for korang!!!

SPECIAL punyaaa~

RESIPI ASAM PEDAS AYAM


Bahan A

- 1 ekor ayam / setengah ekor atau ikut suka la nak berapa ketul ayam
- 2 batang serai
- 3-5 helai daun limau purut
- air perahan asam jawa ( ikut la nak banyak mana )

Bahan B ( diblender halus )


- 20 tangkai Cili Kering ( kalau nak pedas lebihkan..saya selalu guna banyak )
- 2 ulas bawang besar ( dipotong 4 )
- sedikit belacan ( dibakar )


Cara-cara

- Rebus ayam hingga empuk
- Panaskan minyak dalam kuali
- Tumiskan Bahan B atau bahan diblender tadi sehingga naik bau
- Ketuk serai dan masukkan 
- Masukkan garam dan gula secukup rasa ( kalau nak tambah pak ajinomoto tu ikut la ye )
- Masukkan air perahan asam jawa
- Masukkan daun limau purut
- Tunggu sehingga pecah minyak
- Masukkan ayam yang direbus tadi
- Tunggu sehingga ayam dan kuah nampak sebati

SIAPPPP!!! senang jewww~

SELAMAT MENCUBA!!



Jan 25, 2013

::Maafkan Ibu Sayang::


....Assalamualaikum....

Tak tahu kenapa tiba2 rasa macam nak update blog...setelah lama aku berhenti menaip dan meluahkan apa yang terbuku..terbuka..tertutup...tersimpan....aku menaip kembali...lancar dan laju kali ni...

MENYESAL!!! itu sahaja perkataan yang aku nak ungkapkan!!!

ya aku amat MENYESAL....bila diingatkan...mata kembali bertakung!!

Ampunkan aku Ya ALLAH....Ampunkan aku....

Hati ibu mana yang tidak risau bila anak tak sihat...Adam Mikhail demam selesema...sesungguhnya aku yang tidak keruan...

Petang Semalam....

Saat2 maghrib mula menjengah....anak kesayanganku...Muhammad Adam Mikhail mula meragam....MENGANTUK barangkali....dalam masa yang sama bayi dlam perut juga meragam..menendang2 sampai aku rasa macam nak membuanga air kecil yang teramat sangat...namun aku tahankan kerana nak tidurkan Adam dahulu~

comelnya aksi Adam..meliuk lintuk...di tenyeh2nya mata yang bulat itu...memang tandanya mengantuk....

aku tepuk2 punggung mungilnya..sambil dendangkan lagu kegemarannya..

" 1..1..Adam Sayang Ibu
  2...2..Adam Sayang Abah
  3...3...Adam Sayang Adik
  1..2..3...Sayang semuanya...."

beliau pun menggelitik kegembiraan kerana mendengar lagu kegemarannya itu...setelah itu Adam merengek lagi...dengan penuh kasih sayang, aku angkat Adam...masukkan dia dalam buaian...hayunkan dia..sambil menyanyi lagi lagu itu....

Jelas...kuyu matanya...hampir tidur anakku..... LEGA....boleh la aku ke tandas lepas ni...ku hayunkan lagi buaian...alunkan zikir2 munajat yang aku ketahui....

TIBA-TIBA

Adam menangis..merengek..meraung...mungkin tidak selesa dek kerana selesema...ya ALLAH risaunya...

Ku pujuk Adam...alunkan lagi zikir....tapi fikiran aku runsing....perasaan bercampur baur tiba2... dalam keadaan aku yang kurang sihat akibat sakit pinggang yang teramat....suami yang keluar ke kedai kereta tak balik2...aku jadi runsing..stress...tiba2 aku rasa ada 1 perasaan marah yang teramat sangat dalam diri!! aku cuba kawal~ Adam masih terus mengamuk...

LANTAS

" Adam teriak kenapa ni????????" dalam nada suara sedikit kuat~

Adam tersentak barangkali...dia terdiam....lalu terus menangis sambil tersedu2..terus aku angkat anak kesayangan aku...aku peluk Adam...aku cium Adam...air mata aku tak berhenti mengalir..." Ibu minta maaf syg....ibu minta maaf...ibu tak marah Adam....ibu sayang Adam...." 

Tersedu2 aku dan Adam...Adam melihat aku sayu sambil menangis...lalu dia kupeluk erat2...bibirku tak berhenti mengucap maaf darinya sehingga dia reda....aku juga reda...aku masih memohon maaf dari anakku....sesungguhnya bukan niat aku untuk memarahi dia...tapi mungkin nada suaraku sedikit tinggi dan dia terkejut...dalam keadaan dia yang kurang sihat...mungkin baginya aku sedang memarahi dia...

Setelah kami berdua ok...Adam masih dalam pelukan aku...tak sanggup aku lepaskan anak kecil itu..perasaan bersalah berselubung dalam hati...aku MENYESAL!!! aku amat MENYESAL!!! ku peluk lagi anak kesayanganku dan Adam pun manja melintukkan kepalanya ke bahuku....lalu..

ARGHHHHHHHH!!!!!.....

Aduh sakit!!! 

Kenapa Adam gigit ibuuuuuuu!!!..... 

Adam GELAK BESAR bila tengok muka aku berkerut2 menahan sakit! aku lupa yang Adam memang suka gigit bahu abahnya...alahaii anak...

Itu la kanak2....tiada sedikit pun dendam dihatinya....~

Sesungguhnya tiada kebahagiaan selain melihat anak2 dan suami aku gembira~




...Wassalam...









Jan 18, 2013

::Tutorial Menjahit Puppet Tikus::

....Assalamualaikum.....

bertemu lagi....post kali ni adalah atas request seorang rakan....malas sebenarnya nak hapdet blog ni..hehehe...tapi daripada dok saja kan..hapdet pi la...

ok untuk kali ni..saya akan buat 

Tutorial Menjahit Puppet Tikus~

its very simple ! dan menjimatkan wang

Bahan2 yang diperlukan adalah seperti berikut

Sarung Tangan ( jangan yang tebal sangat..jangan pulak yang jenis getah tu )
Benang
Jarum
Mata Tikus ( saiz kecil )
LANGKAH 1


Potong sarung tangan untuk jari kelingking dan ibu jari...dan SIMPAN cebisan yang dipotong tadi sebab nak buat TELINGA TIKUS...( gambar tak sempat ambil...LUPA...)
LANGKAH 2

Terbalikkan..dan jahit bahagian yang dipotong tadi untuk menutup lubang...





LANGKAH 3

Cantumkan jari kelinking dan jari telunjuk ( cantumkan bahagian atas sahaja )

kalau nak mudah..terbalikkan macam dalam gambar tu...dan jahit....


LANGKAH 4

setelah dicantum..hasilnya akan jadi seperti dibawah


LANGKAH 5

langkah seterusnya..lipatkan sedikit jari hantu dan jahit ditengah2 untuk membentuk muncung tikus


LANGKAH 6

seterusnya cantumkan ketiga-tiga jari tersebut untuk membentuk muncung tikus


LANGKAH 7

tinggalkan sebentar tikus tadi...fokus pulak pada cebisan ibu jari dan jari kelinking yang telah dipotong tadi...jahit insang pari disekeliling jari tersebut untuk membuat telinga tikus


LANGKAH 8

setelah siap jahit insang pari...kemekkan sikit dan jahit di tengah2 untuk membentuk telinga



LANGKAH 9

Kembali kepada tikus kita...jahitkan keseluruhan bahagian yang dicantum tadi untuk membentuk kepala tikus..kalau nak mudah, jahit bahagian dalam... jahit dan cantum untuk kedua-dua bahagian yang terbuka tadi...


LANGKAH 10

setelah dicantum..tinggalkan sedikit bahagian hujung untuk cantumkan telinga tikus yang dijahit tadi



LANGKAH 11

Masukkan telinga tikus yang telah dijahit tadi di bahagian lubang tersebut..dan cantumkan dengan kemas


LANGKAH 12

hasilnya akan jadi seperti ini...nak siap dah ni!!!!



LANGKAH 13

tambah aksesori untuk membentuk tikus sebenar ( mata + misai )

SIAPPPPPP!!!!


Maka jadilah RATATULI~ tu nama tikus aku..hampa jangan amik!!!


OK DONE!!! harap sangat Tutorial ini dapat membantu...maaf kalau ada yang tak faham...sebab lupa nak snap pic untuk setiap satu step dek kerakusan nak siapkan RATATULI ni....jika ada sebarang pertanyaan..boleh la PM saya di Fb ye....

SELAMAT MENCOBAAAA!!!!

untuk tatapan....

ni antara koleksi PUPPET JARI yang aku dah siapkan....

PUPPET JARI TEMA FAMILY






PUPPET JARI TEMA HAIWAN





SEKIAN

...Wassalam.....