Feb 22, 2013

::False Labour..Maafkan Salah Silap Saya::


...Assalamualaikum....

Berapa hari je lagi nak bersalin ni....harap2 baby keluar ikut due atau awal sikit...seriously pregnant kali ni LEMAH TAPI CERGAS..camno tuh ! lu pk la sendiri...hahaha

Suami pulak asal saya ngadu sakit je..dia cakap saya nak bersalin...EKSAITED lebih pulak dia nak suruh saya beranak! sebabnya dia boleh CUTI! hampeh btoi ! hahah...

SYukur alhamdulillah...doktor buat keputusan, saya boleh cuba untuk bersalin NORMAL kali ni..syukurr alhamdulillah...tapi masa 37 minggu ni, baby dah 3.04kg...aiyark! kalo tunggu lagi 2-3 minggu x tau la brapa beratnya....kalo besaq macam si abang tu 3.71kg....berpeluh jugak cek nak meneran nnti...apapun doakan saya selamat nanti

Tujuan entry ni sebenarnya nak MEMOHON MAAF kepada semua rakan2...andai kata ada salah silap..terkasar bahasa...tersilap makan..tersilap hitung...sekarang saya dah alami FALSE LABOUR! maknanya dah tak lama la nak bersalin...

Jadi..sebelum bersalin ni...harap ampunkan segala salah silap saya...doakan semuanya selamat nanti.....

Jom kita tengok sikit apa itu FALSE LABOUR



Apakah itu False Labour?

  • Apabila semakin dekat dengan EDD (estimated due date / hari dijangkakan bersalin), kontraksi Braxton Hicks yang selalu dirasakan di pertengahan kehamilan yang selama ini tidak sakit dan tidak kerap akan menjadi lebih kerap dengan frekuensi tertentu malah boleh jadimenyakitkan. Apabila ini berlaku, kita akan merasakan bahawa kita semakin hampir dengan masa untuk bersalin (false labour). 
  • Tetapi tidak seperti true labour, false labour ini selalunya tidak signifikan di mana ia tidak menyebabkan penipisan dinding serviks dan juga kontraksi yang dirasakan masih tidak konsisten.

Beza False Labour & True Labour
  • Kalau usia kandungan belum sampai 37 minggu, false labour ini boleh bermaksud kelahiran pramatang. Sila buat pemeriksaan dengan doktor secepat mungkin.
  • Kalau usia kandungan dah 37 minggu atau lebih, ini beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian :
  1. Kontraksi false labour tidak boleh diramal (unpredictable). Frekuensi tidak tetap, kejap sakit sejam sekali, tak lama pulak sakit setengah jam sekali, lepas tu sakit 3 jam sekali. Kalau true labour, sakitnya makin lama makin cepat, contohnya, mula-mula sejam sekali, pastu setengah jam sekali, pastu 15 minit sekali, pastu setiap 5 minit. 
  2. Sakit yang diakibatkan oleh false labour biasanya hanya tertumpu ke bahagian bawah abdomen sahaja. Tapi kalau true labor, sakit kontraksi akan bermula daripada bahagian belakang bawah pinggang hingga ke bahagian bawah abdomen.
  3. Kontraksi false labour akan berkurang / hilang apabila kita bertukar posisi / aktiviti.Contohnya, masa kite tengah duduk buat kerja, kite rasa kontraksi tu, then kita cuba bangun dan jalan-jalan, sakit tu hilang. Tapi kalau true labour, buatlah macamana sekalipun (tukar posisi / aktiviti), sakitnya tetap tak akan hilang malah akan makin bertambah.


2 comments:

Putri said...

selamat bersalin wanna
waktu bersalinkan amrsyar dulu, saya rasa contaction every 20 minit,terus ke hospital.lama jugak menunggu utk baby keluar

Adam 'Amar said...

takut pulak rasa..tapi rasanya ni bukan contraction lagi~huuu