Jan 27, 2012

:: Bila Suami Anda Memasak ::

..Assalamualaikum...
 alkisah satu malam~

Wana Mikhail : yang lapar la bang....
Mr.CH : nak nasi goreng?
Wana Mikhail : takmau
Mr.CH : megi nak?
Wana Mikhail : takmau, takpala..satg yang cari la apa2
Mr.CH : eleh~belagak
Mr.Ch pun berlalu ke dapur....
Wana Mikhail : abang nak masak apa?
Mr.CH : abang nak masak HINAVA ( sambil keluarkan 2 bungkus megi )
Wana Mikhail : gila!
Mr.CH : hahahahahaha~


camni punya laki pun ada ka? hahahaha...ni la akibat terlalu kecewa bila Wahidan tak menang utk Masterchef haritu.....sampai sekarang dia tak puas hati walaupun Masterchefdah berkurun habes....meluat betoi Mr.Ch dengan doktot gigi tuh bila dpt tau dia menang Masterchef....takpela..nk buat camna...bukan rezekiWahidan kan...~ 

apa itu HINAVA?



Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-DusunSabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau_Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dll.

* Sumber : Wikipedia

2 comments:

Anonymous said...

He3..hampir macam umai ikan..makanan tradisi orang Sarawak..sedap dimakan bersama dengan buah bambangan (sejenis buah yang hampir sama dengan buah bacang atau macang (dalam bahasa utara)tetapi berwarna coklat dan baunya pun hampir sama dengan bau buah bacang...Terima Kasih sudi berkongsi maklumat...<3

MizA said...

wana camne hg buat kotak dialog tu?
ajaq aku weh.
lama dah dok godek google ni tak jumpa gak