Dec 3, 2010

:: Nak Tengok Hantuuuuuuuuuuu::

hye..salam Jumaat..selamat berweekend untuk esok ye..esok ada satu event penting..sorg lagi best buddy kawen...hukhuk..syoknya... oke..entry kali ni pasal nak tengok hantu atau makhluk halus..ada sorang sahabat tag aku kat Fb..sja jela nak share...dia copy n paste dari sebuah forum...jom tengok~ Berikut adalah beberapa cara untuk kita melihat Jin/Hantu/Syaitan walau dengan seimbas bayangannya. Namun semuanya hanya dengan izin Allah s.w.t...

Nasihat!!!!!!!:

-Jangan sesekali cuba jika lemah semangat/sakit jantung.

-Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.

-Jangan sesekali menggunakan air mata anjing untuk aktiviti ini kerana ia adalah haram.

-Jangan lakukan jika berseorangan.

-Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.

-Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.

-Tidak digalakkan untuk mereka yang berumur bawah 16 tahun dan kurang faham atau kurang mahir dalam membaca.

-Sebarang kesurupan,tanggung sendiri akibatnya.


Cara Pertama:

-Berdiri dan menghadap kiblat..

-Rehatkan badan dan segala anggota - biarkan lemah.. -Selawat 3x

-Kosongkan minda dengan cara menumpukan pada bahagian tengah kening baca surah al-fatihah dengan berulang2 sehingga 7x..

-Pastikan akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu arah..

-Semasa tgn terasa terangkat tu ada semacam seperti angin yg bertumpu pada tangan atau pergelangan..angin yg dingin.. turutkan saja arah tgn bergerak... dan buka mata utk melihat..


Cara kedua:

-Semasa mandi mayat. air mayat melimpah turun, sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi...atau

-Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda...kemudian buka mata dan lihat apa yang muncul di tepi anda...


Cara Ketiga:

-Mengusap kotoran dari kuburan (iaitu tanah dari kawasan perkuburan) dan sapu di sekitar mata anda.

-Bermain dam di tengah malam sambil memegang kucing hitam.

-Ambil benang berwarna merah dan ikat pada pokok pisang yang ada berhampiran rumah anda. Hulurkan benang tersebut melalui tingkap menuju ke bilik anda, kemudian ikat pada hujung kaki katil.


Cara paling mudah... (untuk wanita)

-Ketika anda dalam haid, sikat rambut anda di tengah malam sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.

-Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik air/bilik mandi.


P/S: Terpulang pada anda untuk mempercayainya atau tidak tetapi bagi pengalaman saya yang pernah melakukannya, hasilnya cukup memeranjatkan, erti kata lain apa yang saya lihat cukup mengerikan... -Sekadar Pengalaman

p/s wana de'amor : korang nak tengok tak? macam syok je..ngee~

4 comments:

MOMMY CGG said...

tq share:)

Adam 'Amar said...

::CGG::
most welcome CGG

Anonymous said...

isk..isk..isk...
x sanggup wooo...

Adam 'Amar said...

::Moon::
~hihihhii...kite x snggup gak~