Feb 22, 2013

::False Labour..Maafkan Salah Silap Saya::


...Assalamualaikum....

Berapa hari je lagi nak bersalin ni....harap2 baby keluar ikut due atau awal sikit...seriously pregnant kali ni LEMAH TAPI CERGAS..camno tuh ! lu pk la sendiri...hahaha

Suami pulak asal saya ngadu sakit je..dia cakap saya nak bersalin...EKSAITED lebih pulak dia nak suruh saya beranak! sebabnya dia boleh CUTI! hampeh btoi ! hahah...

SYukur alhamdulillah...doktor buat keputusan, saya boleh cuba untuk bersalin NORMAL kali ni..syukurr alhamdulillah...tapi masa 37 minggu ni, baby dah 3.04kg...aiyark! kalo tunggu lagi 2-3 minggu x tau la brapa beratnya....kalo besaq macam si abang tu 3.71kg....berpeluh jugak cek nak meneran nnti...apapun doakan saya selamat nanti

Tujuan entry ni sebenarnya nak MEMOHON MAAF kepada semua rakan2...andai kata ada salah silap..terkasar bahasa...tersilap makan..tersilap hitung...sekarang saya dah alami FALSE LABOUR! maknanya dah tak lama la nak bersalin...

Jadi..sebelum bersalin ni...harap ampunkan segala salah silap saya...doakan semuanya selamat nanti.....

Jom kita tengok sikit apa itu FALSE LABOUR



Apakah itu False Labour?

  • Apabila semakin dekat dengan EDD (estimated due date / hari dijangkakan bersalin), kontraksi Braxton Hicks yang selalu dirasakan di pertengahan kehamilan yang selama ini tidak sakit dan tidak kerap akan menjadi lebih kerap dengan frekuensi tertentu malah boleh jadimenyakitkan. Apabila ini berlaku, kita akan merasakan bahawa kita semakin hampir dengan masa untuk bersalin (false labour). 
  • Tetapi tidak seperti true labour, false labour ini selalunya tidak signifikan di mana ia tidak menyebabkan penipisan dinding serviks dan juga kontraksi yang dirasakan masih tidak konsisten.

Beza False Labour & True Labour
  • Kalau usia kandungan belum sampai 37 minggu, false labour ini boleh bermaksud kelahiran pramatang. Sila buat pemeriksaan dengan doktor secepat mungkin.
  • Kalau usia kandungan dah 37 minggu atau lebih, ini beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian :
  1. Kontraksi false labour tidak boleh diramal (unpredictable). Frekuensi tidak tetap, kejap sakit sejam sekali, tak lama pulak sakit setengah jam sekali, lepas tu sakit 3 jam sekali. Kalau true labour, sakitnya makin lama makin cepat, contohnya, mula-mula sejam sekali, pastu setengah jam sekali, pastu 15 minit sekali, pastu setiap 5 minit. 
  2. Sakit yang diakibatkan oleh false labour biasanya hanya tertumpu ke bahagian bawah abdomen sahaja. Tapi kalau true labor, sakit kontraksi akan bermula daripada bahagian belakang bawah pinggang hingga ke bahagian bawah abdomen.
  3. Kontraksi false labour akan berkurang / hilang apabila kita bertukar posisi / aktiviti.Contohnya, masa kite tengah duduk buat kerja, kite rasa kontraksi tu, then kita cuba bangun dan jalan-jalan, sakit tu hilang. Tapi kalau true labour, buatlah macamana sekalipun (tukar posisi / aktiviti), sakitnya tetap tak akan hilang malah akan makin bertambah.


Feb 13, 2013

:: Nama Anak Versi 2nd Baby ::

....Assalamualaikum...

Sat ( sekejap ) ja masa berlalu.... dah masuk 36 minggu aku pregnant.....perut alahaii..manya kicik~ tak kisahla janji baby dalamnye selamat insyaALLAH..

Entry kali ni untuk mencari nama..sama ja macam entry tahun lepas...

takmau cakap banyak...

hanya ada 4 pilihan disini

aku ingat nak kekalkan nama MIKHAIL utk anak2 lelaki aku...hamboih..ANAK2 kau! macam nak buat team bola ja! huahuahua.....tapi nak kekalkan nama Mikhail tu tengok la macamana...mungkin aku just nak guna nama2 malaikat.....

yela sebab MITOS mengatakan..kawen dengan tentera akan dapat banyak anak lelaki

tak kisah...janji aku ada ANAK! kihkih

ok..untuk pilihan kali ini...aku dok tanya Mr.Hubby... dia tak bagi jawapan lagi..berkenan sungguh dia nama ISRAFIL... tapi aku plak la mcm ngeri...aku kalo boleh2 sangat nak kekalkan nama MIKHAIL..yela Malaikat Mikhail kan malaikat pembawa rezeki...~mudah2an kami dilimpahkan rezeki dariNya...amin

ok before that..ada jugak 1 page ni mengatakan TAK ELOK letak nama anak dengan nama malaikat...dan aku mushkil..yela sebab dah letak kan... jadi aku masuk page UIA..aku bertanya..dan syukur alhamdulillah..boleh letakkan nama anak dengan nama malaikat..ada aku terbaca Imam Shafie menggalakkan kita meletakkan nama anak dengan nama malaikat..tapi ada sesetengah 'ulama tidak mengalakkannya...tapi menurut mereka2 yang lebih ilmu dari aku...mereka menyatakan bahawa..tidak mengapa...jadi syukurlah~

dan pilihan untuk kali ini

Muhammad 'Amar Mikhail bin Mohd Yusfanizal
Muhammad 'Amar Ridhwan bin Mohd Yusfanizal
Muhammad 'Amar Israfil bin Mohd Yusfanizal

Nur Arissa Safiya binti Mohd Yusfanizal
Nur Adra Medina binti Mohd Yusfanizal

banyak pulak pilihan nama lelaki..sebab aku pun x pasti apa gender anak aku...boy or gurl...aku terima dengan redha!

Maksud disebalik nama

'Amar : Agama
Arissa : Azam, Kuat
Safiya : Perempuan baik, berbudi, suci
Adra : kecantikan
Medina : Kota Madinah
Mikhail : Malaikat pembawa rezeki
Ridhwan : Malaikat yang menjaga pintu syurga
Israfil : Malaikat yang meniup sangkakala

jadi....nama masih dalam pemilihan.....kalo ikutkan aku berkenan nama Muhammad 'Amar Mikhail dan Nur Adra Medina...tapi Nur Arissa Safiya pun sedap gak! alahaii..nak twins plishhh~